Sayang Ibu & Ayah

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 22 December 2011

20 minggu

Assalamualaikum Sayang...Esok Jumaat, maknanya kamu dalam kandungan ibu dah berusia 20 minggu = 5 bulan....Sekejap je masa berlalu sayang, kurang lebih 4 bulan, kamu akan keluar dari rahim Ibu untuk melihat dunia yang indah dan penu h cabaran ni.. Tak sabar nak tengok wajah kamu.. Masa usia kandungan Ibu 18 minggu, Ibu ada buat checkup, Doc yang check Ibu tu kata, kamu semakin membesar dengan sihat, Ibu dah nampak pembentukan tulang tangan dan kaki kamu..Tangan asyik tutup muka je...Malu ye? Lepas tu Doc nak check gender, kamu kepit kaki rapat-rapat...Taknak bagi Ibu tau gender kamu ye? Dua tiga kali kamu main cak-cak... Last-last, kamu redha je kan tunjuk...hikhik...Comel sangat la anak Ibu ni...Takpe, ibu tak kisah, kamu boy @ girl, anak Ibu ngan Ayah kan... Tapi kalau Ibu tau gender kamu awal2 ni, senang nak beli barang-barang kamu nanti...
Sayang Ibu...
Start tahun 2012, Ibu dah tak kerja lagi, kontrak Ibu ngan KPKK dah abes. Ayah suh Ibu stay je kat rumah sampai Ibu lahirkan kamu sayang...Sayang Ayah kat Ibu kan? So,Ibu dah takleh seronok nak shopping2... Ibu kena menabung untuk masa depan kamu, nak shopping pon mesti barang2 kamu sayang... Tak sabarnya Ibu nak tengok wajah anak Ibu ni.. Ibu harap kamu sihat kat dalam tu ye.
Hmm, Ibu dah boleh rasa pergerakan kamu sayang, tapi tak kerap, rasa sikit2 je dan bila Ibu rasa kamu gerak2, Ibu senyum sorang2..Selalunya Ibu rasa kamu gerak masa Ibu kat pejabat ni, tendang2 manja je ye? Ajaibnya kejadian yang Allah jadikan. Nikmatnya menjadi seorang Ibu. Sebelum ni, Ibu pernah bernazar, Ibu akan belanja kawan2 ofis Ibu makan dengan kehadiran kamu dalam rahim Ibu. Semalam Ibu dah tunaikan nazar Ibu. Ibu belanja kawan2 Ibu KFC. Hehehe, mula2 opah nak masak dari Ipoh, nak bawak datang KL, tapi, ayah kesian dekat opah, so Ayah dengan murah hati men"sponsor" untuk Ibu belanja kawan2 Ibu. Hikhik.. Baik kan hati Ayah? sampai sini dulu la ye sayang, nanti Ibu cerita lagi... Moga kamu sentiasa sihat kat dalam sana ye sayang...

Wednesday, 7 December 2011

Episod gembira

Harini ibu nak cerita camana bermulanya episod gembira dalam hidup ibu ngan ayah.



10 Sept. 2011



Kan sebelum ni ibu ada buat UPT yang positif tu kan, dalam pukul 9 pagi camtu, ayah da ada kat depan pintu rumah da sayang, excited nak bawak ibu pegi jumpa doktor. Nak makesure yang betul2 sayang ni ada kat dalam tu... Ibu ngan ayah pegi Hospital Pantai, terus pegi klinik yang ibu penah pegi treatment sebelum ni sebab ada masalah kesihatan. Tapi yang tak bestnya sebab doctor ni ada operation plak, so lama sanagt nak tunggu, ibu pon beralih arah ke klinik lagi satu. Yang ni doktor perempuan, Melayu dan Islam sayang. mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk ibu. Dah settle daftar semua, ibu ngan ayah pon menanti dengan penuh sabar ( sabar ampai tersadai lena) ramai sangat orang. Al maklumlah, hari Sabtu kan. Pukul 1230 pm barula ibu ngan ayah dipanggil masuk. So ibu pon cerita la kat doktor then doctor proceed scan baby tau. Masa doctor scan atas perut ibu, dia kata, betulla pregnant ni tapi tak clear sangat sebab bladder ibu kosong. So, terpaksa scan ikot bawah, excited punya pasal, ibu pon layankan aje la...dannnnnn....

Ni la rupe sayang ibu. Masa ni baru 4 minggu. doktor kata itula kantung yang baby ibu ni akan duduk sepanjang berada dalam rahim ibu sepanjang baby di alam rahim...Sunggu ajaib ciptaan Allah. Ayah adalah orang yang paling excited dan tersengih panjang bila pertama kali nampak baby...Hehehee...semoga cepat membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang....

Tuesday, 27 September 2011

O...pening...Kehadiran Cahaya Cinta

Blog ni tercipta khas sempena dengan kehadiran kamu yang selalu dinanti-nanti. Ibu & Ayah menanti dengan penuh sabar. Banyak dugaannya sayang... Tahun pertama perkahwinan kami, Ibu sangat teruja untuk bergelar "ibu". Tapi mungkin belum rezeki. Lagipun, ibu di KL dan ayah di Ipoh.. Weekend baru duduk sama-sama. Penat tau berulang. Naik turun bas, jalan lagi, naik LRT lagi. Tapi takpe. demi sebuah pengalaman kan.

Ramadhan tahun 2011/1432H buat pertama kalinya ibu puasa penuh tau. Tak pernah lagi sepanjang hidup ibu (bila da baligh ni..) dapat puasa penuh. Mesti ada yang terkantoi jugak. Hehehe. Tapi tahun ni lain. Ibu ada jugak syak mungkin ada berita gembira, tapi ibu takmau la excited sangat sebab da banyak kali excited sebelum ni. Tapi takda pape pon... So, ibu buat relax je sampai la ayah tanya, "Eh, Sayang tak period ke?" Sebab ibu ni period tak menentu, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Tapi wajib ada setiap bulan. Cuma tarikh suka ati dia je nak datang. Biasalah, best friend kan....

Sampaila 2 minggu selepas raya, best friend ibu tetap tak datang. sampai la hari Jumaat 9/9/2011 masa on the way nak balik Ipoh, ibu singgah Guardian, beli UPT. Takut-takut jugak sebenarnya, takut kecewa. Yela, perkahwinan Ibu ngan Ayah dah menghampiri usia 2 tahun, tapi masih tak nampak cahaya gembira tu. So, ibu balik Ipoh dan jumpa Ayah dengan gembira. Ibu tak bagitau kat ayah pon yang ibu beli UPT tu. Sebab taknak ayah berharap.

Esok pagi lepas solat subuh, pas ayah dah keluar tolong tok wan kat pasar, ibu pon buat la eksperimen sorang-sorang. Dan resultnye....





Ha, nampak tak 2 line tu. tu tandanya positif. Ibu masih rasa terkejut tapi bersyukur sangat kepada Allah, Tuhan yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi dan Menjadikan, yang telah mengurniakan kamu pada ibu. Ibu terus call ayah, pastu tau ape reaksi ayah, " Nape tak check masa abang kat rumah?" hehehe... Rasa bersalah pulak kat ayah, tapi nak buat macamana, ibu taknak ayah frust kalau result dia negatif. Tapi kan sayang, ibu kamu ni masih tak percaya yang kamu dah ada dalam rahim ibu. Ibu call kawan ibu, nak make sure yang keputusan tu tak dipengaruhi oleh apa-apa bendasing. Ibu call Opah (Mak Ibu) bagitau berita gembira ni. Opah gembira sangat sayang. Kata Opah doanya di Tanah Haram Makkah dimakbulkan Allah. Drama air mata tau lepas tu. Nanti Ibu sambung lagi cerita ye sayang.