Blog ni tercipta khas sempena dengan kehadiran kamu yang selalu dinanti-nanti. Ibu & Ayah menanti dengan penuh sabar. Banyak dugaannya sayang... Tahun pertama perkahwinan kami, Ibu sangat teruja untuk bergelar "ibu". Tapi mungkin belum rezeki. Lagipun, ibu di KL dan ayah di Ipoh.. Weekend baru duduk sama-sama. Penat tau berulang. Naik turun bas, jalan lagi, naik LRT lagi. Tapi takpe. demi sebuah pengalaman kan.
Ramadhan tahun 2011/1432H buat pertama kalinya ibu puasa penuh tau. Tak pernah lagi sepanjang hidup ibu (bila da baligh ni..) dapat puasa penuh. Mesti ada yang terkantoi jugak. Hehehe. Tapi tahun ni lain. Ibu ada jugak syak mungkin ada berita gembira, tapi ibu takmau la excited sangat sebab da banyak kali excited sebelum ni. Tapi takda pape pon... So, ibu buat relax je sampai la ayah tanya, "Eh, Sayang tak period ke?" Sebab ibu ni period tak menentu, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Tapi wajib ada setiap bulan. Cuma tarikh suka ati dia je nak datang. Biasalah, best friend kan....
Sampaila 2 minggu selepas raya, best friend ibu tetap tak datang. sampai la hari Jumaat 9/9/2011 masa on the way nak balik Ipoh, ibu singgah Guardian, beli UPT. Takut-takut jugak sebenarnya, takut kecewa. Yela, perkahwinan Ibu ngan Ayah dah menghampiri usia 2 tahun, tapi masih tak nampak cahaya gembira tu. So, ibu balik Ipoh dan jumpa Ayah dengan gembira. Ibu tak bagitau kat ayah pon yang ibu beli UPT tu. Sebab taknak ayah berharap.
Esok pagi lepas solat subuh, pas ayah dah keluar tolong tok wan kat pasar, ibu pon buat la eksperimen sorang-sorang. Dan resultnye....
Ha, nampak tak 2 line tu. tu tandanya positif. Ibu masih rasa terkejut tapi bersyukur sangat kepada Allah, Tuhan yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi dan Menjadikan, yang telah mengurniakan kamu pada ibu. Ibu terus call ayah, pastu tau ape reaksi ayah, " Nape tak check masa abang kat rumah?" hehehe... Rasa bersalah pulak kat ayah, tapi nak buat macamana, ibu taknak ayah frust kalau result dia negatif. Tapi kan sayang, ibu kamu ni masih tak percaya yang kamu dah ada dalam rahim ibu. Ibu call kawan ibu, nak make sure yang keputusan tu tak dipengaruhi oleh apa-apa bendasing. Ibu call Opah (Mak Ibu) bagitau berita gembira ni. Opah gembira sangat sayang. Kata Opah doanya di Tanah Haram Makkah dimakbulkan Allah. Drama air mata tau lepas tu. Nanti Ibu sambung lagi cerita ye sayang.


No comments:
Post a Comment