Sayang Ibu & Ayah

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 23 February 2012

Barang-barang Baby

Assalamualaikum....

Ni la antara part yang paling best semasa kamu dalam kandungan Ibu. Ibu boleh shopping barang kamu dengan ceria dan gembira sangat. Nak tau sebab apa? Sebelum i kalau Ibu jalan-jalan dengan Ayah kat shopping complex, kitorang mesti akan pegi kat Baby's Dept. Tapi masa tu asyik tengok je benda-benda yang sangat comel untuk bakal baby yang akan lahir macam kamu. hehehehe... Tapi sekarang ni, kalau Ibu nak shopping je, Ayah mesti redha dan ikutkan aje kehendak Ibu.
Buat masa ni, takla banyak sangat Ibu dah beli, sikit-sikit aje. Harini ibu belikan kamu 4 helai rompers, 5 stokin yang ala2 kasut, stokin dengan blanket, 3 helai...Hehehe. Kamu ni Boy ke Girl sayang? Tapi haritu masa Ibu pegi scan, nampak jelas yang kamu ni adalah baby girl...hehehe..Harap2 betul la ye, sebab barang yang Ibu beli banyak yang kaler pink...Sukeeee.... tak sabar nak tengok anak Ibu ni. Lama tau Ibu tunggu kamu. Tak sabar pulak nak peluk dan kendong kamu sayang. Harap kamu sihat dan akan keluar dengan sempurna. Ibu minta pada allah agar permudahkan proses kelahiran kamu, Ibu harap ia akan berlaku secara normal. Kamu jangan besar2 sangat tau sayang. Nanti Ibu nak upload barang-barang yang Ibu dah beli untuk kamu. ada jugak yang Tok Bibik kasi...

Lamanya...

Assalamualaikum...
Lama rasanya Ibu tak menaip kat Blog ni. Sibuk sangat sayang. Banyak benda yang perlu Ibu settle kan sebelum resign. Itula keputusan yang Ibu rasa terbaik untuk kita. bukan apa, Ibu sorang kat sini ngan sayang kat dalam, Ayah kat Ipoh.Jauh tu. Kalau jadi apa-apa kat Ibu kat sini, sapa yang nak tolong. Kan haritu Ibu ada cerita yang Ibu pegi sign kontrak kat Putrajaya, lepas dah complete Ibu isi semua dokumen, diorang tak nak terima dokumen tu, dengan alasan, Ibu tak mematuhi standard pakaian Penjawat Awam yang telah ditetapkan. Hmmm, sedeh, sampai hati diorang buat macam tu. Ibu pakai jubah time tu, manala Ibu tau yang tak boleh pakai jubah. At least, bagi warning je pon kira ok la. Ni terus tengking dari jauh dan tak nak terima dokumen tu. nasib baik ada Hamba Allah ni yangtolong hantarkan dokumen Ibu tanpa dorang sedar. Huahua...Tak baik kan...
Banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang Ibu tak update ni. Banyak sangat... Baby tau tak, Ibu dah bukak Buku Pink tu kat Klinik Desa Simpang Pulai. Senang je dan nurse2 kat situ semua mesra sangat. Ibu dah dapat suntikat ATT. Sampai bengkak lengan Ibu ni. Selalunya kalau kena cucuk, biasa je, sekarang ni luar biasa pulak ibu rasa. yela, sampai bengkak tangan ni. Setakat yang Ibu dah check up kat Klinik Desa ini semua ok. Takda masalah. Cuma yang masa Ibu pegi check up kat Hosp. Pantai, dia kata berat Ibu naik 4 KG. Terus doktor suruh Ibu datang minggu berikutnya untuk Ujian MGTT. Untuk make sure yang Ibu takda Diabetes.Tapi Ibu tak pegi lagi sampai harini. Haritu tak jadi pegi sebab ingat Ibu kena pegi interview, skali interview tu tak jadi. So, kalau takda apa-apa, Ibu pegi buat test tu minggu ni lah sayang... Sayang ibu sangat aktif di waktu malam. ibu asyik terjaga je. Kadang-kadang sampai terbonjol-bonjol kat perut ni. bulat je, kepala ke, bontot ke....Hhahahaha, Ibu pon tak tau. Ayah suka sangat kalau baby gerak-gerak dan terbonjol-bonjol macam tu. apala yang baby buat kat dalam tu kan?

Thursday, 5 January 2012

Tak Sihat

Hai Sayang... Masuk harini, dah 3 hari Ibu sakit tekak, selesema... Harap-harap sayang Ibu kat dalam tu sihat ye. Biar Ibu je sakit takpe. Kamu semakin aktif. Ibu pulak asyik terjaga je bila tidur. Badan ni semakin panas sampai berpeluh-peluh. Tangan kanan selalu kebas.
Kontrak Ibu disambung tau. Ibu try nak minta postingke Ipoh, dekat ngan Ayah. REla downgrade post dari 41 ke 17. Tapi takpe, asalkan Ibu dapat tinggal dekat ngan Ayah dan kita akan menjalani kehidupan berkeluarga yang sebenarnya (macam selama ni tak benar plak kan..hikhik)
Esok, Ibu nak kena pegi ke Putrajaya untuk sign kontrak. Harap-harap Ibu dapat peluang untuk ditukarkan ke Ipoh. Kalo tak dapat, Ibu akan jadi Surirumah Tangga sepenuh masa. Ayah bagi Ibu pilihan macam ni sebab Ibu tau, ayah kesian tengok Ibu dok berulang naik turun bas ngan tren tiap-tiap minggu dari KL ke Ipoh. Semua ni untuk keselamatan Ibu ngan kamu tahu... :) Kamu doakanlah Ibu dapat tukar ke Ipoh tau, sebab kalo Ibu nak cari kerja dalam keadaan sekarang ni, sapa yang nak ambil kan. Boboyott..Kena tunggu lepas kamu keluar dan Ibu dah sihat, baru ibu nak cari kerja lain.
Lusa (Sabtu), kamu dah genap 22 minggu. Tak sabar nak tengok kamu tau sayang... Selalunya ibu akan jadi orang pertama terpacak depan Klinik Dr. Mimin tu. Ibu sampai lebiha wal dari doktor. Semangat nak tengok kamu. Moga kamu sentiasa sihat dan gembira bermain kat dalam tu ye. Mentang-mentang perut Ibu kamu ni besar, seronok kamu ke sana sini ye...

Thursday, 22 December 2011

20 minggu

Assalamualaikum Sayang...Esok Jumaat, maknanya kamu dalam kandungan ibu dah berusia 20 minggu = 5 bulan....Sekejap je masa berlalu sayang, kurang lebih 4 bulan, kamu akan keluar dari rahim Ibu untuk melihat dunia yang indah dan penu h cabaran ni.. Tak sabar nak tengok wajah kamu.. Masa usia kandungan Ibu 18 minggu, Ibu ada buat checkup, Doc yang check Ibu tu kata, kamu semakin membesar dengan sihat, Ibu dah nampak pembentukan tulang tangan dan kaki kamu..Tangan asyik tutup muka je...Malu ye? Lepas tu Doc nak check gender, kamu kepit kaki rapat-rapat...Taknak bagi Ibu tau gender kamu ye? Dua tiga kali kamu main cak-cak... Last-last, kamu redha je kan tunjuk...hikhik...Comel sangat la anak Ibu ni...Takpe, ibu tak kisah, kamu boy @ girl, anak Ibu ngan Ayah kan... Tapi kalau Ibu tau gender kamu awal2 ni, senang nak beli barang-barang kamu nanti...
Sayang Ibu...
Start tahun 2012, Ibu dah tak kerja lagi, kontrak Ibu ngan KPKK dah abes. Ayah suh Ibu stay je kat rumah sampai Ibu lahirkan kamu sayang...Sayang Ayah kat Ibu kan? So,Ibu dah takleh seronok nak shopping2... Ibu kena menabung untuk masa depan kamu, nak shopping pon mesti barang2 kamu sayang... Tak sabarnya Ibu nak tengok wajah anak Ibu ni.. Ibu harap kamu sihat kat dalam tu ye.
Hmm, Ibu dah boleh rasa pergerakan kamu sayang, tapi tak kerap, rasa sikit2 je dan bila Ibu rasa kamu gerak2, Ibu senyum sorang2..Selalunya Ibu rasa kamu gerak masa Ibu kat pejabat ni, tendang2 manja je ye? Ajaibnya kejadian yang Allah jadikan. Nikmatnya menjadi seorang Ibu. Sebelum ni, Ibu pernah bernazar, Ibu akan belanja kawan2 ofis Ibu makan dengan kehadiran kamu dalam rahim Ibu. Semalam Ibu dah tunaikan nazar Ibu. Ibu belanja kawan2 Ibu KFC. Hehehe, mula2 opah nak masak dari Ipoh, nak bawak datang KL, tapi, ayah kesian dekat opah, so Ayah dengan murah hati men"sponsor" untuk Ibu belanja kawan2 Ibu. Hikhik.. Baik kan hati Ayah? sampai sini dulu la ye sayang, nanti Ibu cerita lagi... Moga kamu sentiasa sihat kat dalam sana ye sayang...

Wednesday, 7 December 2011

Episod gembira

Harini ibu nak cerita camana bermulanya episod gembira dalam hidup ibu ngan ayah.



10 Sept. 2011



Kan sebelum ni ibu ada buat UPT yang positif tu kan, dalam pukul 9 pagi camtu, ayah da ada kat depan pintu rumah da sayang, excited nak bawak ibu pegi jumpa doktor. Nak makesure yang betul2 sayang ni ada kat dalam tu... Ibu ngan ayah pegi Hospital Pantai, terus pegi klinik yang ibu penah pegi treatment sebelum ni sebab ada masalah kesihatan. Tapi yang tak bestnya sebab doctor ni ada operation plak, so lama sanagt nak tunggu, ibu pon beralih arah ke klinik lagi satu. Yang ni doktor perempuan, Melayu dan Islam sayang. mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk ibu. Dah settle daftar semua, ibu ngan ayah pon menanti dengan penuh sabar ( sabar ampai tersadai lena) ramai sangat orang. Al maklumlah, hari Sabtu kan. Pukul 1230 pm barula ibu ngan ayah dipanggil masuk. So ibu pon cerita la kat doktor then doctor proceed scan baby tau. Masa doctor scan atas perut ibu, dia kata, betulla pregnant ni tapi tak clear sangat sebab bladder ibu kosong. So, terpaksa scan ikot bawah, excited punya pasal, ibu pon layankan aje la...dannnnnn....

Ni la rupe sayang ibu. Masa ni baru 4 minggu. doktor kata itula kantung yang baby ibu ni akan duduk sepanjang berada dalam rahim ibu sepanjang baby di alam rahim...Sunggu ajaib ciptaan Allah. Ayah adalah orang yang paling excited dan tersengih panjang bila pertama kali nampak baby...Hehehee...semoga cepat membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang....

Tuesday, 27 September 2011

O...pening...Kehadiran Cahaya Cinta

Blog ni tercipta khas sempena dengan kehadiran kamu yang selalu dinanti-nanti. Ibu & Ayah menanti dengan penuh sabar. Banyak dugaannya sayang... Tahun pertama perkahwinan kami, Ibu sangat teruja untuk bergelar "ibu". Tapi mungkin belum rezeki. Lagipun, ibu di KL dan ayah di Ipoh.. Weekend baru duduk sama-sama. Penat tau berulang. Naik turun bas, jalan lagi, naik LRT lagi. Tapi takpe. demi sebuah pengalaman kan.

Ramadhan tahun 2011/1432H buat pertama kalinya ibu puasa penuh tau. Tak pernah lagi sepanjang hidup ibu (bila da baligh ni..) dapat puasa penuh. Mesti ada yang terkantoi jugak. Hehehe. Tapi tahun ni lain. Ibu ada jugak syak mungkin ada berita gembira, tapi ibu takmau la excited sangat sebab da banyak kali excited sebelum ni. Tapi takda pape pon... So, ibu buat relax je sampai la ayah tanya, "Eh, Sayang tak period ke?" Sebab ibu ni period tak menentu, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Tapi wajib ada setiap bulan. Cuma tarikh suka ati dia je nak datang. Biasalah, best friend kan....

Sampaila 2 minggu selepas raya, best friend ibu tetap tak datang. sampai la hari Jumaat 9/9/2011 masa on the way nak balik Ipoh, ibu singgah Guardian, beli UPT. Takut-takut jugak sebenarnya, takut kecewa. Yela, perkahwinan Ibu ngan Ayah dah menghampiri usia 2 tahun, tapi masih tak nampak cahaya gembira tu. So, ibu balik Ipoh dan jumpa Ayah dengan gembira. Ibu tak bagitau kat ayah pon yang ibu beli UPT tu. Sebab taknak ayah berharap.

Esok pagi lepas solat subuh, pas ayah dah keluar tolong tok wan kat pasar, ibu pon buat la eksperimen sorang-sorang. Dan resultnye....





Ha, nampak tak 2 line tu. tu tandanya positif. Ibu masih rasa terkejut tapi bersyukur sangat kepada Allah, Tuhan yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi dan Menjadikan, yang telah mengurniakan kamu pada ibu. Ibu terus call ayah, pastu tau ape reaksi ayah, " Nape tak check masa abang kat rumah?" hehehe... Rasa bersalah pulak kat ayah, tapi nak buat macamana, ibu taknak ayah frust kalau result dia negatif. Tapi kan sayang, ibu kamu ni masih tak percaya yang kamu dah ada dalam rahim ibu. Ibu call kawan ibu, nak make sure yang keputusan tu tak dipengaruhi oleh apa-apa bendasing. Ibu call Opah (Mak Ibu) bagitau berita gembira ni. Opah gembira sangat sayang. Kata Opah doanya di Tanah Haram Makkah dimakbulkan Allah. Drama air mata tau lepas tu. Nanti Ibu sambung lagi cerita ye sayang.