Sayang Ibu & Ayah

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 23 February 2012

Barang-barang Baby

Assalamualaikum....

Ni la antara part yang paling best semasa kamu dalam kandungan Ibu. Ibu boleh shopping barang kamu dengan ceria dan gembira sangat. Nak tau sebab apa? Sebelum i kalau Ibu jalan-jalan dengan Ayah kat shopping complex, kitorang mesti akan pegi kat Baby's Dept. Tapi masa tu asyik tengok je benda-benda yang sangat comel untuk bakal baby yang akan lahir macam kamu. hehehehe... Tapi sekarang ni, kalau Ibu nak shopping je, Ayah mesti redha dan ikutkan aje kehendak Ibu.
Buat masa ni, takla banyak sangat Ibu dah beli, sikit-sikit aje. Harini ibu belikan kamu 4 helai rompers, 5 stokin yang ala2 kasut, stokin dengan blanket, 3 helai...Hehehe. Kamu ni Boy ke Girl sayang? Tapi haritu masa Ibu pegi scan, nampak jelas yang kamu ni adalah baby girl...hehehe..Harap2 betul la ye, sebab barang yang Ibu beli banyak yang kaler pink...Sukeeee.... tak sabar nak tengok anak Ibu ni. Lama tau Ibu tunggu kamu. Tak sabar pulak nak peluk dan kendong kamu sayang. Harap kamu sihat dan akan keluar dengan sempurna. Ibu minta pada allah agar permudahkan proses kelahiran kamu, Ibu harap ia akan berlaku secara normal. Kamu jangan besar2 sangat tau sayang. Nanti Ibu nak upload barang-barang yang Ibu dah beli untuk kamu. ada jugak yang Tok Bibik kasi...

No comments:

Post a Comment