Sayang Ibu & Ayah

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 23 February 2012

Lamanya...

Assalamualaikum...
Lama rasanya Ibu tak menaip kat Blog ni. Sibuk sangat sayang. Banyak benda yang perlu Ibu settle kan sebelum resign. Itula keputusan yang Ibu rasa terbaik untuk kita. bukan apa, Ibu sorang kat sini ngan sayang kat dalam, Ayah kat Ipoh.Jauh tu. Kalau jadi apa-apa kat Ibu kat sini, sapa yang nak tolong. Kan haritu Ibu ada cerita yang Ibu pegi sign kontrak kat Putrajaya, lepas dah complete Ibu isi semua dokumen, diorang tak nak terima dokumen tu, dengan alasan, Ibu tak mematuhi standard pakaian Penjawat Awam yang telah ditetapkan. Hmmm, sedeh, sampai hati diorang buat macam tu. Ibu pakai jubah time tu, manala Ibu tau yang tak boleh pakai jubah. At least, bagi warning je pon kira ok la. Ni terus tengking dari jauh dan tak nak terima dokumen tu. nasib baik ada Hamba Allah ni yangtolong hantarkan dokumen Ibu tanpa dorang sedar. Huahua...Tak baik kan...
Banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang Ibu tak update ni. Banyak sangat... Baby tau tak, Ibu dah bukak Buku Pink tu kat Klinik Desa Simpang Pulai. Senang je dan nurse2 kat situ semua mesra sangat. Ibu dah dapat suntikat ATT. Sampai bengkak lengan Ibu ni. Selalunya kalau kena cucuk, biasa je, sekarang ni luar biasa pulak ibu rasa. yela, sampai bengkak tangan ni. Setakat yang Ibu dah check up kat Klinik Desa ini semua ok. Takda masalah. Cuma yang masa Ibu pegi check up kat Hosp. Pantai, dia kata berat Ibu naik 4 KG. Terus doktor suruh Ibu datang minggu berikutnya untuk Ujian MGTT. Untuk make sure yang Ibu takda Diabetes.Tapi Ibu tak pegi lagi sampai harini. Haritu tak jadi pegi sebab ingat Ibu kena pegi interview, skali interview tu tak jadi. So, kalau takda apa-apa, Ibu pegi buat test tu minggu ni lah sayang... Sayang ibu sangat aktif di waktu malam. ibu asyik terjaga je. Kadang-kadang sampai terbonjol-bonjol kat perut ni. bulat je, kepala ke, bontot ke....Hhahahaha, Ibu pon tak tau. Ayah suka sangat kalau baby gerak-gerak dan terbonjol-bonjol macam tu. apala yang baby buat kat dalam tu kan?

No comments:

Post a Comment